TAJUK : TAMADUN INDIA
TAJUK PROJEK : Interaksi Tamadun India dalam Tamadun Malaysia
AHLI KUMPULAN :
1. NUR AFIQAH BINTI MAZLAN (193944)
2. NOR HIDAYAH BINTI CHE AHMAD (194338)
3. NUR HAZIRAH BINTI HAMDAN (193942)
4. LO MEI HWAR (193168)
5. NUR LAILATUL ELIANI (194332)
PENGENALAN
Tamadun India bermula 6,000 tahun dahulu di lembah sungai Indus dan merupakan sebuah tamadun yang masih kekal sehingga ke hari ini. Dari segi lokasi, India boleh dibahagikan kepada dua bahagian ialah India Utara dan India Selatan. Kedua - dua bahagian India tersebut mempunyai perbezaan segi aspek bahasa, budaya serta amalan keagamaan. Tamadun India yang kaya dengan kepelbagaian budaya kesenian dan cara hidup masyarakatnya telah mempengaruhi kehidupan masyarakat khususnya di sekitar kawasan Asia Tenggara.
Interaksi budaya India telah tersebar dan kepulauan nusantara telah menjadikan budaya tamadun India sebati dalam kebanyakkan masyarakat. Tamadun India mempunyai hubungan yang istimewa dengan rantau asia tenggara dari segi politik, ekonomi dan sosial sehinggakan seluruh aspek kehidupan masyarakat Asia Tenggara menyerupai kehidupan tamadun India. Masyarakat mula mengasimilasikan budaya yang mempunyai unsur tamadun India dalam kehidupan seharian mereka.
Di Malaysia, pengaruh dan kesan tamadun India dapat dilihat dalam segenap aspek kehidupan masyarakat. Ia merangkumi aspek politik, sosioekonomi dan corak budaya masyarakat serta adat- istiadat. Hal ini kerana tamadun India menekankan cara hidup bekeluarga serta komuniti yang begitu sinonim dengan nilai ketimuran.
Gambar 1 : Sungai Indus
SOALAN TEMUBUAL
- Apakah pengaruh atau perkara masyarakat india yang sering diikuti oleh masyarakat Malaysia pada zaman kini?
- Dalam sistem pemerintahan Tamadun Malaysia, wujudkah unsur-unsur Tamadun India?
- Adakah wujud persamaan dalam aspek agama, budaya, bahasa dan makanan antara Tamadun India dan Tamadun Melayu
1.0 Interaksi dari segi Agama
Tamadun India merupakan salah satu tamadun yang muncul di abad ini dengan tempoh yang lama. Yang tidak dapat dinafikan, setiap tamadun mempunyai agamanya yang tersendiri. Begitulah juga dengan Tamadun India. Melalui kajian terhadap bahan tembikar, patung, mohor dan lain-lain yang ditemui, kita dapat membuktikkan bahawa Tamadun India mempunyai agama and kepercayaannya yang tersendiri.
Agama di Tamadun India termasuklah Agama Hindu, Agama Buddha, Agama Jaina dan Agama Sikh. Agama-agama ini telah meninggalkan pengaruh yang agak besar kepada Tamadun Malaysia terutamanya Agama Hindu dan Agama Buddha. Kedua-dua agama ini banyak dianuti oleh masyarakat Tamadun Malaysia akibat daripada penyebaran agama yang giat. Oleh itu, kita akan lebih fokus dalam interaksi Agama Hindu and Agama Buddha dalam Tamadun Malaysia.
Menurut N. M Idaikkadar (1979), nama agama Hindu adalah berdasarkan nama Sungai Sindu (Indus). Kemasukan Bangsa Arya ke India sejak 1500sm telah membawa perubahan yang besar terhadap masyarakat India. Hal ini disebabkan oleh Bangsa Arya mengadakan integrasi kebudayaan dengan Bangsa Dravida dan melahirkan agama Hindu. Bangsa Arya bermula menulis kitab suci Weda. Ia dituliskan dalam empat bahagian iaitu Reg Weda, Sama Weda, Yayur Weda dan Atharwa Weda.
Selain itu, peradaban dan kehidupan masyarakat Hindu telah dituliskan dalam kitab Brahmana dan kitab Upanisad. Ketiga-tiga kitab ini merupakan dasar pemikiran dan kehidupan orang-orang Hindu.
Selain itu, agama Hindu mempunyai lima konsep utama iaitu Brahman, Atman, Karma, Karma Mokhsa dan Samsara. Maksud-maksud lima konsep tersebut adalah berikut:
i) Brahman - Merujuk kepada Tuhan
ii) Atman - Merujuk kepada roh individu yang terdapat dalam badan setiap manusia.
iii) Karma - Merujuk kepada perbuatan atau tingkah laku
iv) Mokhsa - Merujuk kepada syurga yang ingin dicapai oleh penganut.
v) Samsara - Merujuk kepada konsep kelahiran kembali menurut tradisi India
Kepercayaan Bangsa Hindu adalah bersifat politeisme iaitu memuja banyak dewa. Patung-patung dewa akan dibuat berdasarkan peranannya di dalam kehidupan manusia sebagai pemujaan terhadapnya. Contohnya, Dewa Brahma (Dewa Pencipta), Dewa Wisnu (Dewa Pelindung) dan Dewa Siwa (Dewa Pelebur / Pembinasa). Bagi Agama Buddha, agama ini berlahir di India pada abad keenam sebelum masihi dan diasaskan oleh Sidharta Gautama Buddha.
Berdasarkan Mohd. Rifai (1965), perkataan Buddha bermaksud bangun dengan membawa erti bangun daripada kesesatan dan keluar ke tengah-tengah cahaya pemandangan yang benar. Seperti agama Hindu, agama Buddha juga mempercayai hokum Karma dan Samsara. Agama Buddha menyeru berusaha melepaskan diri daripada Samsara dan mencapai kehidupan yang sempurna iaitu Nirvana. Berdasarkan doktrin ajaran agama Buddha, agama Buddha menekankan Empat Kebenaran Agung dan Lapan Jalan Kebenaran. Empat Kebenaran Agung bermaksud kehidupan manusia adalah penuh dengan penderitaan yang wujud sebaik sahaja seseorang itu berlahir. Walau bagaimanapun, penderitaan tersebut dapat dikawal dengan mengikuti Lapan Jalan Kebenaran iaitu benar dari segi kepercayaan, niat, percakapan, kelakuan, usaha, pemusatan pemikiran, fikiran dan hati.
Seperti yang kita ketahui, penganut agama Hindu di Tamadun Malaysia sememangnya sudah wujud awal lagi. Penganut-penganut ini di Tamadun Malaysia agak ramai dan mereka mendukung konsep agama Hindu dan Buddha seperti mana yang diterangkan atas. Lebih daripada itu, mereka masih mengamalkan upacara keagamaan yang tersendiri seperti Wesak dan Deepavali. Sebagai contoh, Batu Cave merupakan lokasi bagi penganut agama Hindu semasa Hari Deepavali.
Selain itu, agama dari Tamadun India bukan sahaja memberi kesan dari segi amalan dan kepercayaan, tapi juga dari segi perkahwinan, makanan, kesenian dan lain-lain. Salah satu pengaruh yang agak ketara ialah pengaruh dari segi pemikiran iaitu pengaruh terhadap pegangan dan kepercayaan. Pada awalnya, masyarakan Tamadun Malaysia berpegang kepada kepercayaan animism. Kemudian, mereka tertarik dengan ajaran agama dari Tamadun India yang terdapat persamaan dengan kepercayaan tempatan iaitu mengaitkan kpercayaan terhadap roh dengan alam semula jadi. Interaksi ini iaitu kemunculan agama Hindu dan Buddha di Malaysia menjadi permulaan interaksi Tamadun India dalam Taman Malaysia.
2.0 Interaksi dari segi Bahasa
Selain itu, salah satu faktor yang ketara adalah bahasa. Tamadun India telah memberi impak yang besar terhadap Tamadun Melayu. Pengaruh bahasa Sanskrit telah diubah dan dijadikan kota kata bahasa Melayu. Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) merupakan bukit yang kukuh bahawa pengaruh bahasa Sanskrit terdapat dalam bahasa Melayu kuno pada zaman itu. Sebelum bahasa Melayu Kuno wujud, ia dinamai sebagai bahasa Melayu Purba.
Pengaruh India dari tamadun India telah mempengaruhi bahasa di tamadun Melayu. Kesusasteraan India menjadi sumber perkembangan di tamadun Melayu kerana ia mengandungi unsur bahasa yang menarik. Pengaruh bahasa Sanskrit telah mengubah bahasa Melayu lama dan menghasilkan bahasa Melayu yang baru. Contohnya, drohaka telah menjadi derhaka, prakara menjadi perkara, samicra menjadi mesra dan sebagainya. Terdapat juga bahasa Melayu yang berasal dari bahasa Tamil. Contohnya, agamam menjadi ke agama, gajam menjadi ke gajah, udanan menjadi ke udara dan sebagainya. Perkataan tersebut hampir sama berbanding dengan satu sama lain.
Selain daripada bahasa Tamil, terdapat bahasa Sanskrit juga hampir sama berbanding dengan bahasa Melayu. Contohnya, akasa menjadi ke angkasa, bhasa menjadi ke bahasa, cakra menjadi ke cakera dan sebagainya. Jumlah bahasa Tamil yang terdapat dalam bahasa Melayu agak kurang.
Selain dari itu, terdapat juga sebahagian perkataan daripada dipinjam oleh bahasa Melayu. Contohnya, kedai, ceti, ketumbur, kapal, kari, jodoh dan canai. Perkataan tersebut adalah perkataan yang selalu digunakan hampir setiap hari dalam kehidupan kita dan perkataan tersebut adalah perkataan yang dipinjam dari bahasa Tamil dijadikan bahasa Melayu. Ramai orang tidak mengetahui perkara ini kerana mereka anggap perkataan yang digunakan seharian adalah perkataan asal bahasa Melayu tetapi perkataan tersebut adalah asal dari bahasa Tamil.
Perbincangan ini menunjukkan bahawa Tamadun India telah memberi impak yang besar terhadap Tamadun Melayu atas bahasa Melayu. Impak tersebut telah memberi pelbagai kebaikan terhadap kehidupan seperti ekonomi, perdagangan dan faktor perkembangan agama khususnya agama Islam. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, bahasa harus dipelajari sejak kecil lagi.
Bahasa tidak boleh diabaikan kerana bahasa boleh melahirkan modal insan cemerlang. Selain itu, bahasa juga merupakan satu identiti kepada individu. Bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita kerana bahasa merupakan alat komunikasi kepada setiap insan. Jika tiada kewujudan bahasa, insan tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain. Oleh itu, kita haruslah memupuk kepentingan menguasai bahasa yang fasih demi mengelakkan perselisihan faham antara sesama lain
3.0 Interaksi dari segi Budaya
Interaksi antara Tamadun India dalam Tamadun Malaysia adalah budaya. Kebudayaan dan adab merupakan kesatuan yang melingkupi pengetahuan, undang-undang, kepercayaan dan lain-lain. Sebelum kewujudan Islam dalam Malaysia, budaya dan agama Hindu-Buddha telah mempengaruhi kebanyakan masyarakat Melayu. Oleh itu, tamadun India telah banyak mempengaruhi adat dan budaya masyarakat Melayu di Malaysia.
Di Malaysia, adat Melayu banyak dipengaruhi oleh agama Hindu melalui kitab-kitab seperti Mahabrata atau Rayamana. Kitab yang menjadi rujukan oleh agama Hindu dan merupakan rujukan kepada pengurusan hidup mereka sebelum kedatangan agama Islam di Malaysia. Adat-adat dalam tamadun India masih diamal oleh orang-orang di dunia sehingga hari ini. Upacara perkahwinan masyarakat Melayu masih dipengaruhi adat Hindu di Malaysia. Adat perkahwinan pasangan yang berkahwin akan dikatakan sebagai raja untuk sehari. Upacara persandingan juga diamalkan sebagai kemuncak untuk upacara tersebut. Upacara persandingan merupakan adat agama Hindu yang mengagungkan dewa-dewa Hindu. Oleh itu, pengantin baru digelar sebagai Raja Sehari. Selepas itu, mengunakan beras kunyit dan sirih pinang yang bertujuan memberi semangat kepada pengantin merupakan antara satu pengaruh Hindu.
Di samping itu, adat berinai adalah antara satu adat tamadun Hindu yang dilaksana oleh masyarakat Melayu. Corak lukisan inai di tangan dalam kalangan orang Melayu adalah dari pengaruh daripada tamadun Hindu di India.
Selepas itu, pengaruh Hindu yang diikuti oleh orang-orang Melayu adalah adat lenggang perut. Adat ini kebanyakan diamal oleh masyarakat Melayu di Selatan Sememnanjung Malaysia. Adat ini dilakasana terhadap seorang isteri mengandung pada bulan ketujuh hamil yang bertujuan meletakkan kedudukan bayi di tempat uang sepatutnya. Ini akan memudahkan ibu yang bersalin dan memastikan bayi tidak dilemas dalam perut. Adat ini mempunyai unsur daripada budaya tamadun India yang diamalkan oleh masyarakat Melyu di Malaysia.
Selepas itu, tamadun India juga mempengaruhi tamadun Malaysia dari segi pemakanan. Contoh kepada makanan tradisional tamadun India ialah pratha, roti canai tosai dan lain-lain. Makanan ini berasal daripada orang-orang India tetapi disukai oleh orang-orang di Malaysia. Capati, tosai, dan roti canai merupakan makanan yang berkhasiat dan dapat mengurangkan kadar penyakit darah tinggi dan kencing manis. Roti-roti ini biasa dimakan dengan kuah-kuah seperti kari atau dal. Makanan-makanan ini boleh dibuat dengan pelbagai cara untuk menghasilkan rasa yang berbeza. Kudapan seperti muruku dan makanan tradisional India yang sangat digemari seperti Briyani.
4.0 Interaksi dari segi Kesenian
Kesenian adalah salah satu aspek yang memainkan peranan yang penting dalam interaksi tamadun India dalam tamadun Malaysia. Kesenian boleh didefinisikan sebagai salah satu aspek yang mengambarkan keindahan jiwa manusia dari tamadun india. Selain itu, ia juga berfungsi menentukan norma dan prilaku sesuatu adat.
Terdapat beberapa jenia aspek yang boleh dihuraikan dari aspek kesenian. Yang pertama ialah tarian tamadun india yang dibawa ke Malaysia. Salah satu tarian yang popular di Malaysia ialah tarian BHARATA NATYAM, dimana tarian ini berasal dari india. Tarian ini biasanya dipersembahkan dengan iringan muzik. Selain itu, tarian ini merangkumi enam peringkat yang halus. Maksud BHARATA NATYAM boleh dijelaskan dengan lebih terperinci iaitu BA(ekspresi)+ RA( muzik )+ TA (irama)+ NATYAM ( tarian). Tarian ini sangat terkenal dengan kemurnian, kelembutan dan lenggok badan.
Seterusnya, dari segi pemakaian juga ada interaksi.Sebagai contoh masyarakat di Malaysia juga gemar menggunakan kain sari atau motif dari tamadun India pada pakaian mereka.
Di samping itu, terdapat juga aspek seni muzik yang akan dipersembahkan seiring dengan seni tarian. Seni muzik ini mempunyai instrumen tersendiri seperti Sitar, Veena, Nathaswaram dan Mridangam. Ini juga adalah salah satu aspek tamadun india dalam interaksi tamadun Malaysia.Kompang untuk masyarakat Melayu manakala tabla untuk masyarakat India dan gendang untuk masyarakat Cina.
Aspek yang ketiga ialah seni drama dimana seni ini banyak dipersembahkan melalui tayangan filem tamil dan juga drama tamil Malaysia. Filem tamil ini biasanya berkonsepkan cara hidup dan amalan tamadun india di Malaysia dan cara mereka menerapkan amalan serta diri mereka ke dalam amalan dan adat Malaysia.
Selain itu, terdapat juga aspek seni bina yang banyak memainkan peranan dalam india dengan tamadun Malaysia. Antara aspek yang digambarkan melalui seni bina ialah struktur seni binaan kuil di Malaysia. Di samping itu, interaksi tamadun india dalam tamadun Malaysia juga dipaparkan dari aspek seni ukir dan seni lukis. Antara seni lukis ialah patung, tiang berukur dan seni pahat yang terdapat pada candi kuil yang terdapat di Malaysia yang lebih berunsurkan kepada keceriaan dan keagamaan. Seni ukir dan seni lukis ini berfungsi sebagai satu elemen yang penting dalam komunikasi antara tamadun india dan Malaysia yang akan mengeratkan hubungan silaturahim.
5.0 Interaksi dari segi sistem pemerintahan dan seni bina
Dalam bidang seni bina, pengaruh India dalam bangunan di Malaysia tidak besar. Pendatang India telah membina banyak kuil agama Hindu yang serupa dengan kuil Hindu di India dalam aspek bentuk seni bina.
Namun demikian, banyak binaan masjid telah dipengaruhi oleh seni bina Selatan India. Sebagai masyarakat India Selatan yang beragama Islam, Klings dan Keling menyukai gaya seni bina mereka (Vlatseas, 1990). Salah satu masjid di Pulau Pinang, Masjid Kapitan Kling (1802-1803) merupakan satu contoh seni bina yang didirikan oleh ketua masyarakat India Muslim atau Kapitan si Selatan India. Ciri-ciri yang dijumpai dalam seni bina India Muslim ini ialah kubah potong bawang dan menara yang tinggi. Pada zaman sekarang, seni bina masjid di Malaysia masih menggunakan struktur pembinaan ini.
Seni bina yang bercorak budaya masyarakat India di Malaysia juga dapat dilihat dalam pelbagai reka bentuk bangunan di Malaysia. Sebagai contohnya, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di Selangor mengambil contoh reka bentuk bangunan popular di India, Taj Mahal yang mempunyai ciri reka bentuk yang amat unik dan diisikan oleh kreativiti masyarakat tamadun India. Daripada kes ini, sangat jelaslah bahawa masyarakat pada tamadun India menguasai ilmu-ilmu tentang seni ukiran sehinggakan reka bentuk bangunan mereka menjadi asas penbinaan bangunan- bangunan di dunia, terutamanya pusat pentadbiran di Putrajaya, Malaysia.
KESIMPULAN
Tamadun India banyak memberikan kesan dan pengaruh kepada masyarakat di Malaysia. Sebuah kerajaan yang tertua di dunia yang kaya dengan pelbagai adat budaya dan keseniaan yang tidak dapat ditandingi mana- mana tamadun.
Kemasukan tamadun India di Malaysia sememangnya membawa statu dimensi baru dalam cara hidup dan budaya masyarakat di Malaysia. Sebagai kesannya, berlaku percampuran budaya dalam kehidupan masyarakat seperti yang berlaku di Malaysia. Sumbangan dan pengaruh dalam aspek keagamaan, kebahasaan, kesenian, kebudayaan, dan dalam perkembangan tamadun tidak dapat disangkal lagi. Peradaban India seperti bahasa Tamil, kesusasteraan, corak kehidupan harian, agama Hindu-Buddha telah memperkaya dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan pelbagai warna kebudayaan bahkan lebih bersedia di pentas global.
Pengaruh tamadun India dalam nilai hidup masyarakat menjadi sebati dalam kehidupan seharian. Kepelbagaian agama dan budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia telah berjaya mewujudkan sebuah nasional yang harmoni dan berdaya saing sebanding dengan negara yang lain.
Secara konklusinya, pengaruh dan kesan yang dibawa oleh tamadun India membawa warna dalam tamadun Malaysia.
REFLEKSI KUMPULAN
REFLEKSI KUMPULAN
Melalui projek TITAS kali ini, kami mendapati bahawa banyak kaitan dan pengaruh Tamadun Malaysia dengan Tamadun India. Pada mulanya, kami tidak mengetahui banyak perkara dan pengetahuan kami terhad tentang Tamadun India ini. Juga, pada mula nya kami merasakan sukar untuk mengaitkan Tamadun India ini dengan Tamadun Malaysia melalui pelbagai aspek, namun setelah dikaji rupanya banyak perkara daripada Tamadun India memberi pengaruh yang luas kepada Tamadun Malaysia. Pelbagai aspek di Tamadun Malaysia diguna pakai daripada Tamadun India. Sebagai contoh, dari aspek seni bina, budaya, dan bahasa. Oleh itu setelah membuat kajian tentang Tamadun India ini, sememangnya banyak mencakupi aspek di Tamadun Malaysia tanpa kita sedari. Oleh itu, melalui kajian ini, sedikit sebanyak kami mengharapkan bahawa terdapat banyak keunikan dan hasil di Tamadun Malaysia sekarang bersangkut paut dengan Tamadun India, tidak kiralah pada aspek Melayu dan Cina. Kerana itu lah kami membuat kajian Interaksi Tamadun India dengan Tamadun Malaysia yang bermaksud merangkumi semua tamadun atau budaya seperti Melayu, India dan Cina.
GAMBAR SEPANJANG KAJIAN
RUJUKAN
- Ghazali Darusalam, G. (2001).
Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
- Ratna Roshida, Moris, Z., Kailasam, Ellias Haji Zakaria, Suhaila Abdullah, & Muhammad Azizan Sabjan. (2009).
Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Shah alam: MacGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd
- Raajaletchumi Subbiramaniam. (2014, May 6).
Agama-Agama Besar dalam Tamadun India.
- Muhammad Azizan Sabjan. (2009).
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Shah alam: MacGraw- Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
- Wikipedia. (2015).
Barat Bersurat Terengganu, dari
https://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Bersurat_Terengganu
- Mariah. (2014).
Kesan dan Pengaruh Tamadun India di Malaysia,
dipetik pada 18 December, 2014 dari https://maruwiahacis.wordpress.com/2014/12/18/kesan-dan- pengaruh-tamadun-india-di-malaysia/
- Nazari Naduan. (2014).
Interaksi Tamadun India Dalam Tamadun Melayu,
dipetik pada 12 March, 2014 dari http://tujuhpen.blogspot.my/2014/03/interaksi-tamadun-india-dalam-tamadun.html
Comments
Post a Comment