TAJUK : TAMADUN INDIA TAJUK PROJEK : Interaksi Tamadun India dalam Tamadun Malaysia AHLI KUMPULAN : 1. NUR AFIQAH BINTI MAZLAN (193944) 2. NOR HIDAYAH BINTI CHE AHMAD (194338) 3. NUR HAZIRAH BINTI HAMDAN (193942) 4. LO MEI HWAR (193168) 5. NUR LAILATUL ELIANI (194332) PENGENALAN Tamadun India bermula 6,000 tahun dahulu di lembah sungai Indus dan merupakan sebuah tamadun yang masih kekal sehingga ke hari ini. Dari segi lokasi, India boleh dibahagikan kepada dua bahagian ialah India Utara dan India Selatan. Kedua - dua bahagian India tersebut mempunyai perbezaan segi aspek bahasa, budaya serta amalan keagamaan. Tamadun India yang kaya dengan kepelbagaian budaya kesenian dan cara hidup masyarakatnya telah mempengaruhi kehidupan masyarakat khususnya di sekitar kawasan Asia Tenggara. Interaksi budaya India telah tersebar dan kepulauan nusantara telah menjadikan budaya tamadun India sebati dalam kebanyakkan masyarakat. Tamadun India mempunyai hubungan yang